
مدرسة المعارف الإسلامية
Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah
PERMOHONAN BAGI PRA-U 1
AL-AZHAR DAN ‘A’ LEVEL
2017
Pra-U 1 Al-Azhar
-
Permohonan hanya dibuka untuk pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat sekurang-kurangnya 60% dalam Peperiksaan Prelim Menengah 4 mereka.
-
Pemohon mesti lulus dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan
Al-Quran. -
Membawa dokumen-dokumen asli dan salinan keputusan Peperiksaan Syahadah Thanawiyyah, Prelim Menengah 4, O Level, Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa dan dokumen yang berkaitan seperti surat pernikahan, perceraian, kematian, dsb.
-
Wang pendaftaran sebanyak $20.00 akan dikenakan bagi setiap borang permohonan.
-
Borang yang lengkap berserta salinan dokumen di atas (III) hendaklah diserahkankan kepada pejabat pada hari permohonan dibuat.
Pra-U 1 A Level
-
Permohonan hanya dibuka untuk pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam Peperiksaan Peringkat ‘O’ mereka.
-
Pemohon mesti mempunyai 5 kredit termasuk Bahasa Inggeris.
-
Membawa dokumen-dokumen asli dan salinan keputusan Peringkat ‘O’, keputusan Peperiksaan Prelim Menengah 4, Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa dan dokumen yang berkaitan seperti surat pernikahan, perceraian, kematian, dsb.
-
Wang pendaftaran sebanyak $20.00 akan dikenakan bagi setiap borang permohonan.
-
Borang yang lengkap berserta salinan dokumen di atas (III) hendaklah diserahkankan kepada pejabat pada hari permohonan
16-18 Januari 2017
Isnin hingga Rabu
10:00 pagi – 2:00 petang
Di Madrasah Al-Ma’arif
-
Wang pendaftaran tidak akan dikembalikan.
-
Salinan dokumen hendaklah dibuat sebelum datang ke Madrasah untuk membuat pendaftaran.